Malaysia

Perodua QV-E dilancarkan, harga RM80,000 dengan jarak pemanduan sehingga 445km

Perodua melancarkan QV-E, model kenderaan elektrik pertama yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia hanya dua tahun selepas menerima mandat kerajaan untuk menerajui pembentukan ekosistem EV tempatan.

Model yang dihasilkan di kilang terbaharu Perodua, Smart Mobility Plant di Sungai Chih, Selangor ini hadir dalam satu varian sahaja dengan harga RM80,000 tidak termasuk insurans.

Nama QV-E merujuk kepada Quest for Visionary Electric Vehicle, melambangkan arah baharu Perodua dalam mobiliti masa depan.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, QV-E dilengkapi bateri Lithium Iron Phosphate 52.5 kW yang mampu menawarkan jarak pemanduan sehingga 445 kilometer berdasarkan ujian NEDC.

Namun, bergantung bergantung pada gaya pemanduan, suhu persekitaran dan keadaan jalan.

Beliau turut memaklumkan kapasiti pengeluaran semasa ialah 500 unit sebulan, dengan sasaran meningkat kepada 3,000 unit sebulan menjelang suku ketiga 2026.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker