Malaysia

Jaga kedai runcit di tapak pembinaan, kanak-kanak 10 tahun ditahan

Seorang kanak-kanak lelaki Indonesia berusia 10 tahun ditahan dalam operasi di sebuah kedai runcit di tapak pembinaan di Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka semalam.

Kanak-kanak itu dipercayai menjaga kedai berkenaan selepas ibunya pulang ke Indonesia lima hari lalu.

Dia menjaga kedai pada waktu pagi sebelum mengikuti kelas secara dalam talian.

Pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan mendakwa sudah hampir dua tahun berada di Malaysia selepas datang menaiki kapal terbang.

Operasi Jabatan Imigresen Malaysia bersama KPDN itu turut menahan 22 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker