Malaysia

Terengganu catat kadar penyalahgunaan dadah tertinggi pada 2026

Terengganu mencatat kadar penagihan dan penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia, iaitu 735 individu bagi setiap 100,000 penduduk, berdasarkan statistik sehingga Jun 2026.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh, berkata Kelantan mencatat kadar kedua tertinggi dengan 694 individu, diikuti Kedah sebanyak 669 dan Perlis 646.

Menurut kenyataan AADK pada 20 Oktober, sebanyak 130,307 kes penyalahgunaan dadah dan bahan direkodkan di seluruh negara dalam tempoh sama. Faktor geografi, termasuk laluan penyeludupan rentas sempadan, dikenal pasti antara risiko yang menyumbang kepada masalah itu.

Sehingga 18 Oktober, sebanyak 4,253 operasi penguatkuasaan dijalankan di seluruh negara, dengan 30,157 individu ditahan untuk rawatan dan pemulihan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker