Malaysia
Purata rakyat Malaysia guna 98 liter sahaja BUDI95 sebulan – PM

Purata penggunaan petrol RON95 melalui Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi setiap pengguna adalah 98 liter sahaja sepanjang Oktober lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ia sekali gus hanya mewakili 33 peratus sahaja berbanding 300 liter had bulanan yang ditetapkan melalui BUDI95.
Manakala mereka yang membelanjakan lebih 300 liter dalam tempoh sebulan hanya 0.7 peratus sahaja.
Seramai 13.1 juta rakyat melakukan transaksi di bawah program BUDI95 dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM2.66 bilion dalam bulan pertama pelaksanaannya bermula 30 September lalu hingga 31 Oktober lalu.




