Malaysia

Tren Laluan Kelana Jaya perlahan akibat gangguan sistem komunikasi

Perkhidmatan tren Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan sementara hari ini, susulan gangguan dan ketidakstabilan sistem komunikasi di Stesen USJ21.

Rapid KL memaklumkan tren antara Stesen USJ21 dan Stesen Taipan kini dikendalikan secara manual bagi memastikan keselamatan penumpang serta kelancaran operasi.

Keadaan itu menyebabkan pergerakan tren lebih perlahan daripada biasa, manakala tempoh berhenti di platform di stesen terlibat mungkin menjadi lebih lama.

Penumpang dinasihatkan mengambil kira masa perjalanan tambahan ketika menggunakan laluan berkenaan sehingga operasi kembali seperti biasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker