Malaysia

102 sekolah di KL, Selangor laksana PdPR sempena Sidang ASEAN 

Sejumlah 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta Bekerja Dari Rumah (BDR) dari 23 hingga 29 Okt.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, sempena penganjuran Sidang Kemuncak Asean Ke-47, langkah itu diambil bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas.

Ia selepas mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh persidangan berlangsung.

Persidangan Kemuncak Asean dijangka menjadi perhimpunan pemimpin dunia dan berprofil tinggi terbesar setakat ini dengan kehadiran kuasa besar yang berpengaruh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker