Dunia
Bom buatan sendiri dijumpai dalam tandas wanita di Pattani

Satu objek disyaki bom buatan sendiri ditemui di tandas wanita sebuah terminal bas di Pattani, Thailand, pada pagi Khamis, mencetuskan operasi keselamatan besar-besaran.
Penemuan itu susulan kejadian tiga peranti mencurigakan yang ditemui di dua stesen minyak di wilayah sempadan selatan Thailand pada Selasa dan Rabu lalu.
Pasukan Pelupusan Bahan Letupan (EOD) dikerahkan untuk mengesahkan sama ada objek berkenaan benar-benar bom dan melupuskannya dengan selamat.
Pada 3 Februari lalu, kakitangan dua stesen minyak di Pattani turut menemui objek mencurigakan di dalam tandas, dengan satu daripadanya dimusnahkan di lokasi manakala satu lagi diperiksa oleh pasukan EOD.




