Dunia
Lebih 413,000 bar coklat hilang, bekalan KitKat Eropah terjejas

Nestlé mengesahkan kira-kira 12 tan coklat KitKat hilang selepas sebuah lori yang membawanya dicuri dalam perjalanan dari Itali ke Poland.
Penghantaran melibatkan lebih 413,000 bar coklat itu dipercayai lesap ketika transit sejauh 1,350 kilometer, sekali gus menimbulkan kebimbangan gangguan bekalan di pasaran Eropah menjelang musim perayaan.
Syarikat turut memberi amaran produk curi mungkin dijual di pasaran tidak rasmi pada harga lebih rendah, namun setiap bar boleh dikesan melalui kod unik.
Siasatan sedang dijalankan bersama pihak berkuasa bagi mengesan lori dan mendapatkan semula muatan.




