DuniaTeknologi

Tekanan ekonomi: Harga PS5 naik sehingga RM600 bermula 2 April

Sony mengumumkan kenaikan harga global bagi PlayStation 5, PlayStation 5 Pro dan PlayStation Portal berkuat kuasa 2 April 2026 susulan cabaran pasaran semasa.

Harga baharu setakat ini diumumkan untuk Amerika Syarikat, UK, Jepun dan Eropah, manakala Malaysia masih belum dikemas kini.

Di UK, PS5 naik kepada £569.99 (+19%), PS5 Digital Edition £519.99 (+21%), PS5 Pro £789.99 (+13%) dan PlayStation Portal £219.99 (+£20).

Kenaikan ini berlaku kurang setahun selepas model Digital Edition dinaikkan harga, dengan Sony menyatakan langkah itu perlu bagi mengekalkan penawaran pengalaman permainan berkualiti tinggi.

Tinjauan semasa turut mendapati stok semakin terhad, dengan hanya PS5 Disc (Slim) dan PlayStation Portal warna putih masih tersedia, manakala model lain telah habis dijual.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker