
Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun pada 9 Oktober lalu selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira lima kilogram kokain melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.
Menurut laporan media Jepun, dadah itu dianggarkan bernilai 120 juta yen, bersamaan kira-kira RM3.1 juta.
Pemeriksaan kastam menemui kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut setiap suspek.
Antara suspek ialah Mohd Danial Farhan Abdul Rahman, 24, yang mendakwa dia ditawarkan pekerjaan melalui media sosial untuk membawa dadah ke luar negara dengan bayaran lumayan.
Menurut laporan NHK World Japan pada 13 Oktober, empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala seorang lagi menafikannya.
Polis Jepun kini menyiasat kemungkinan penglibatan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.




