Malaysia

95% panggilan melalui NG MERS999 diproses 8 saat sahaja – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa 95 peratus panggilan kecemasan melalui Sistem NG MERS 999 diproses dalam masa 8 saat sahaja.

Menurut kenyataan media, keputusan itu diperolehi daripada sistem NG MERS 999 mula beroperasi dan hingga pukul 12.00 tengah hari tadi.

NG MERS 999 juga telah menerima 323,957 panggilan yang dikendalikan oleh 170 pegawai kecemasan profesional di 1,302 stesen kerja.

Ketika ini, pelarasan dalaman sedang dijalankan bagi memastikan pengaktifan ambulans lebih teratur, manakala aplikasi SaveME999 berfungsi sebagai saluran tambahan.

Sokongan teknikal 24 jam turut disediakan di seluruh negara bagi mengekalkan kestabilan sistem.

Sebelum ini, Telekom Malaysia (TM) mengakui gangguan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia berhubung perkhidmatan yang baru dilancarkan akibat lonjakan panggilan yang diterima secara tiba-tiba.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker