Malaysia

Polis bongkar taktik baharu sindiket ‘fentanyl’ dalam vape

Polis menumpaskan sindiket dadah di Lembah Klang yang cuba memperkenalkan fentanyl atau “zombie drug” melalui kira-kira 400 kartrij vape.

Dalam serbuan pertama di Bandar Kinrara, Puchong, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditahan di hadapan sebuah bengkel. Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan Audi yang digunakan sebagai stor simpanan menemui 200 paket methamphetamine seberat 212 kilogram.

Serbuan kedua di sebuah rumah teres dua tingkat di Cheras pula membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki tempatan berusia 33 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga stor sindiket.

Hasil serbuan kedua, polis merampas tambahan 389 paket methamphetamine seberat 404.12 kilogram, 1,975 pil Erimin 5 seberat 6.4 kilogram, serta kartrij vape mengandungi fentanyl dengan isipadu cecair sekitar 0.8 liter.

Siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak awal tahun ini menggunakan kaedah “drop and collect”, di mana kenderaan berisi dadah ditinggalkan bersama kunci di lokasi tertentu sebelum diambil oleh individu lain untuk proses seterusnya.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah lain dengan jumlah keseluruhan melebihi setengah tan, dianggarkan bernilai lebih RM31.5 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker