Malaysia

JPJ wajibkan semua penumpang kereta persendirian pakai tali pinggang keledar 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara.

Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keutamaan JPJ ketika ini ialah melaksanakan advokasi pemakaian tali pinggang keledar antaranya melalui kempen “Klik Sebelum Gerak”.

Individu yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM300 berdasarkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019).

Kempen ini menzahirkan komitmen JPJ untuk memastikan setiap perjalanan bermula dengan langkah keselamatan paling asas iaitu pemakaian tali pinggang keledar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker