Malaysia
Gagal patuh lampu isyarat, van bawa jururawat pelatih terbalik

Sebuah van membawa 11 penumpang termasuk jururawat pelatih terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Sultan Iskandar-Jalan Sultan Yussof, Ipoh pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 7.25 pagi ketika van dari arah Pekan Baharu dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat.
Tiga penumpang van mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala yang lain termasuk pemandu kedua-dua kenderaan tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




