Malaysia

Dulu jadi ‘pak turut’, kini anak-anak Gen Z dan Gen Alpha rancang percutian keluarga

Percutian keluarga kini tidak lagi dirancang sepenuhnya oleh ibu bapa, sebaliknya semakin dipimpin oleh generasi muda, khususnya Gen Z dan Gen Alpha.

Laporan Hilton 2025 Trends mendapati anak-anak tidak lagi sekadar menjadi ‘pak turut’, malah terlibat aktif merancang destinasi, penginapan dan aktiviti berdasarkan minat, bajet dan keselesaan keluarga.

Di Malaysia, pengaruh Gen Z semakin ketara apabila carian penginapan di platform Airbnb meningkat sekitar 25 peratus berbanding tahun lalu, menunjukkan mereka menjadi pihak utama membuat kajian dan pilihan tempat menginap untuk keluarga.

Ramai keluarga memilih destinasi dalam negara seperti Genting Highlands, Port Dickson, Melaka dan Kota Kinabalu yang semakin popular kerana mudah diakses dan mesra bajet.

Selain penginapan, generasi muda turut menyusun itinerari dan memilih aktiviti percutian, dengan tumpuan kepada kemudahan dan kos berpatutan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker