Malaysia

Penstrukturan AirAsia: Benyamin dilantik Pengurus Besar, Bo Lingam jadi CEO Kumpulan baharu

AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan Benyamin Ismail daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Pengurus Besar berkuat kuasa hari ini, susulan penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.

Benyamin, 48, yang menyertai AirAsia pada 2010 dan menjadi CEO AAX sejak 2015, akan terus mengendalikan operasi harian syarikat.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, AAX melantik Tharumalingam Kanagalingam atau Bo Lingam sebagai CEO Kumpulan baharu berkuat kuasa 19 Januari 2026.

Beliau menyertai AirAsia pada 2001 dan akan menerajui strategi, operasi serta pengembangan AirAsia di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker