Malaysia

Deklarasi ‘depose’ Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah dan tidak diiktiraf — MB

Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan bahawa satu deklarasi untuk menurunkan atau “depose” Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang dibuat oleh Datuk Mubarak Dohak, adalah tidak sah dan tidak diiktiraf.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata deklarasi tersebut dibuat oleh Datuk Mubarak Dohak di Balai Undang Luak Sungai Ujong pada Ahad, 19 April. Namun, tindakan itu tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang kerana Mubarak sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Undang Luak Sungai Ujong sejak 13 Mei 2025.

Beliau menjelaskan pemecatan tersebut dibuat mengikut adat dan peraturan tradisi Negeri Sembilan di bawah Telaga Undang dan Waris Klana Hulu.

Aminuddin turut menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menurunkan Yang di-Pertuan Besar adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negeri Sembilan 1959 dan tidak mempunyai asas perundangan atau adat yang sah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker