Malaysia

Vanakkam Malaysia meriahkan Johor Bahru dengan sambutan ‘Otrumai Olirum Deepavali’

Sambutan ‘Ottrumai Olirum Deepavali’ anjuran Vanakkam Malaysia berlangsung meriah dengan persembahan muzik, tarian, permainan dan cabutan hadiah di Sutera Mall, Johor Bahru, pada 10 Oktober lalu.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, acara itu mendapat sambutan orang ramai yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan.

Persembahan artis tempatan termasuk Psychomantra, AG Paranjothy, MC Raaj dan Crankstar, selain tarian oleh Shavena Dance Team serta persembahan paluan gendang urumi, turut memeriahkan suasana.

Pelbagai aktiviti interaktif seperti Vanakkam Voice 60 Seconds Challenge dan pertandingan makan muruku turut diadakan, selain pengenalan kepada program Vanakkam Malaysia dan aplikasi Vanakkam Maxx.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Johor, Puan Nurul Akmalina bt Hj Shamsuddin, serta Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Kartiyani Jeyapalan, hadir sebagai tetamu kehormat mewakili Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Yuneswaran. Pengarah Urusan Vanakkam Malaysia, Thiagarajan Muthusamy, turut berkongsi mengenai penganjuran sambutan itu.

Acara tersebut dianjurkan dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara, Raja’s, BOH, Munchy’s, Enrico’s, Pancha, LEGOLAND Malaysia Resort dan SunGrain, serta kerjasama Colours of India.

Sambutan itu turut menjadi sebahagian daripada Southeast Asia Deepavali Festival & Trade Expo 2026 yang berlangsung dari 7 hingga 11 Oktober di Sutera Mall, termasuk majlis pembukaan rasmi ekspo berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker