Malaysia

Wanita tempatan diugut sebelum didakwa dirogol lelaki Bangladesh di pusat beli-belah

Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an dipercayai dirogol seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, kira-kira jam 7 malam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang melakukan hubungan intim bersama teman lelakinya. Suspek didakwa merakam perbuatan itu sebelum mengugut untuk menyebarkan rakaman berkenaan jika mangsa enggan menurut arahannya.

Suspek kemudian dipercayai mengarahkan teman lelaki mangsa beredar sebelum merogol wanita itu di lokasi kejadian. Mangsa dilaporkan tidak mengenali suspek sebelum insiden tersebut.

Polis kini sedang berusaha mengesan suspek. Bagaimanapun, pihak media masih mendapatkan pengesahan dan maklum balas rasmi polis berhubung kejadian itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker