Malaysia

FLYSiswa bantu 60,000 pelajar dapat baucar digital pesawat bernilai RM400

Kementerian Pengangkutan mengumumkan peluasan inisiatif FLYSiswa 2026 dengan penambahan empat kategori institusi, melibatkan ASWARA, Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), universiti separa kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi milik kerajaan negeri (IPTN).

Langkah itu menjadikan kira-kira 60,000 pelajar IPTA layak menerima manfaat dengan peruntukan keseluruhan RM24 juta.

Jelas Menteri, Anthony Loke, setiap pelajar yang layak akan menerima baucar digital bernilai RM400 bagi penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Baucar tersebut tidak terhad kepada satu perjalanan dan boleh digunakan berulang kali selagi baki masih ada, bergantung kepada harga tiket.

Program ini melibatkan beberapa syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan Air Borneo.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker