Malaysia

Guru besar, isteri maut dibunuh dalam rumah di Sri Aman

Sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman, pagi ini.

Mangsa lelaki berusia 45 tahun merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah di Lubok Antu, manakala isterinya berusia 44 tahun dan bertugas sebagai jururawat.

Mayat pasangan itu ditemui oleh anak mereka selepas menyedari kedua-duanya tidak keluar dari bilik.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, memaklumkan pihak polis menerima maklumat awam mengenai kejadian tersebut pada jam 6.55 pagi.

Anggota IPD Sri Aman bersama pegawai perubatan Hospital Sri Aman dikerahkan ke lokasi dan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker