Malaysia

Pelajar UPTM hilang, polis kesan nombor plat bas selepas lokasi terakhir dikesan di TBS

Pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Nurul Ain Hannani, 23, dilaporkan hilang sejak 6 Januari selepas keluar dari kediamannya di The Sky Residensi, Taman Shamelin.

Menurut laporan, destinasi terakhir dikenal pasti ialah Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, dan dia dilaporkan dalam perjalanan ke Johor menggunakan e-hailing.

Polis kini sedang menyemak rakaman CCTV di TBS untuk mengesan nombor plat bas dan telah membuat hebahan di lapangan serta di media sosial bagi membantu pencarian.

Nurul Ain didapati memadam akaun media sosial, keluar dari kumpulan keluarga di WhatsApp, dan menyahaktifkan fungsi lokasi sejak hari kehilangan.

Kes diklasifikasikan sebagai kes hilang, dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi sementara siasatan dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker