Malaysia
Larangan mercun selepas 12 tengah malam bukan sahaja untuk Tahun Baharu Cina – KP KL

Polis menegaskan larangan bermain mercun selepas 12 tengah malam sempena perayaan bagi memastikan ketenteraman awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata hanya bunga api dan mercun berimpak rendah seperti ‘pop-pop’ dan ‘happy boom’ dibenarkan, manakala mercun yang menghasilkan letupan besar memerlukan permit polis.
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957, dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali.




