Malaysia

Ribuan kerang mati di sungai Juru, penduduk dakwa pencemaran semakin teruk

Penduduk dan nelayan di Kuala Juru, Pulau Pinang meluahkan kebimbangan selepas ribuan kerang serta hidupan laut lain ditemui mati di sekitar Sungai Juru sejak awal tahun ini.

Keadaan dilaporkan semakin teruk dalam tempoh dua hingga tiga bulan kebelakangan ini apabila air sungai bertukar hitam dan mengeluarkan bau busuk.

Menurut Persatuan Nelayan Kawasan Unit B Kuala Juru, pencemaran dipercayai berpunca daripada sisa industri dan aktiviti akuakultur berhampiran Sungai Derhaka yang mengalir ke Sungai Juru.

Sementara itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata keadaan sungai semakin membimbangkan selepas satu saluran pelepasan sisa kilang berhampiran Sungai Derhaka kembali aktif tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker