Dunia

Bas bawa jemaah Indonesia terbakar di Madinah

Sebuah bas membawa 24 jemaah umrah Indonesia terbakar di lebuh raya berhampiran Madinah ketika dalam perjalanan dari Makkah, namun semua penumpang dilaporkan selamat tanpa kecederaan.

Konsul Jeneral Indonesia di Jeddah, Yusron Ambary, memaklumkan insiden berlaku kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar selepas tayar dipercayai meletup sebelum api marak.

Penumpang berjaya dipindahkan segera dan meneruskan perjalanan dengan bas pengganti.

Kesemua jemaah, kebanyakannya dari Sumatera Barat, tidak mengalami kecederaan dan dokumen penting seperti pasport turut selamat, namun bagasi serta barangan peribadi musnah.

Siasatan awal menunjukkan punca kejadian dipercayai masalah teknikal dan bukan kecuaian pemandu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker