Malaysia
Rugi lebih RM200 juta: Agrobank diserah kepada PDRM, BNM untuk siasatan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyiasat kerugian Agrobank melebihi RM200 juta akibat jenayah penipuan dalam talian.
Kes berkenaan dilaporkan pada November lalu dengan jumlah kerugian mencecah RM203.8 juta.
Setakat ini, 47 individu ditahan, termasuk tiga yang telah didakwa berkaitan penggunaan akaun keldai, manakala siasatan terhadap 44 suspek lain masih diteruskan.
Pihak berkuasa memaklumkan kes itu tidak melibatkan akaun pelanggan Agrobank dan siasatan sedang dimuktamadkan dengan bantuan CyberSecurity serta BNM.




