
Seorang wanita memohon bantuan untuk mengesan adiknya selepas melihat gambar operasi menyelamat mangsa banjir dan tanah runtuh di Nepal yang menyerupai adiknya, Zaki.
Menerusi Threads, wanita berkenaan berkongsi gambar mangsa yang diselamatkan di Rasuwa dan meminta individu di lokasi membuat semakan sama ada lelaki dalam gambar itu adiknya.
Bagaimanapun, identiti lelaki dalam gambar itu masih belum dapat dipastikan. Operasi menyelamat di Rasuwa masih diteruskan, dengan 3,021 orang termasuk 338 warga asing dilaporkan berjaya diselamatkan.
Tiga pendaki Malaysia, Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor dan Muhammad Zaki Othman, sebelum ini dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi ketika melakukan pendakian di Langtang Valley.



