
Seramai 18 orang terbunuh manakala 108 lagi cedera dalam serangan terbaru Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, menurut Menteri Kesihatan Iran, Mohammad-Reza Zafarghandi.
Serangan itu berlaku pada malam Selasa dan menyasarkan beberapa lokasi awam serta infrastruktur perkhidmatan di Iran. Kementerian Luar Iran mengecam serangan berkenaan sebagai tindakan pencerobohan yang melanggar kedaulatan negara.
Sementara itu, Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) berkata tenteranya melancarkan serangan terhadap sasaran ketenteraan Iran. AS mendakwa tindakan itu susulan cubaan serangan Kor Pengawal Revolusi Islam terhadap kapal komersial di Selat Hormuz dan anggota tentera AS.
Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap pangkalan dan aset AS di Jordan, Kuwait, Bahrain, wilayah Kurdistan di Iraq serta Emiriah Arab Bersatu.




