Malaysia

Kematian pelajar 19 tahun di Kuantan, keluarga menderita akibat fitnah media sosial

Kematian pelajar berusia 19 tahun, Elisa Jonova, pada 6 Oktober lalu bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada keluarga, malah mereka turut dihimpit pelbagai dakwaan di media sosial.

Antara komen yang tular mendakwa Elisa tinggal bersama teman lelakinya dan menjalani kehidupan sebagai pasangan.

Namun, keluarga menafikan dakwaan tersebut dan berkata mereka tidak pernah membenarkan Elisa tinggal sesuka hati bersama teman lelaki atau hidup bersama sebagai pasangan.

Keluarga mengakui mungkin ada perkara yang berlaku tanpa pengetahuan mereka, namun menegaskan mereka sendiri tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, teman lelaki Elisa yang dikaitkan dengan kes berkenaan telah menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kematiannya.

Keluarga turut meminta orang ramai tidak membuat tuduhan atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, selain menghormati privasi mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker