Koperasi Ekonomi Biru rancang kerjasama antarabangsa

Koperasi Ekonomi Biru mahu meneroka potensi laut dan pesisiran pantai, sambil memastikan peluang ekonomi daripada sektor itu turut dinikmati masyarakat setempat.
Hasrat itu dibincangkan dalam mesyuarat pertama Lembaga Pengarah koperasi
berkenaan di Shangri-La Kuala Lumpur, yang dipengerusikan Pengerusinya,
Dr Raguraman Gurusamy.
Mesyuarat itu turut mendapat bimbingan penasihat koperasi, Dr Nico Barito, Duta Besar kepada Presiden Republik Seychelles.
Lembaga Pengarah bersetuju meneroka kerjasama rasmi dengan Blue Institute di
Seychelles dan United Nation University. Kerjasama yang dicadangkan meliputi
penyelidikan, pendidikan, inovasi, pembangunan kapasiti serta pengurusan sumber secara mampan.
Koperasi itu berharap kepakaran antarabangsa dapat digabungkan dengan peluang ekonomi tempatan untuk membangunkan inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti dan menyokong pembangunan negara.
Idea penubuhannya dicetuskan oleh Dr Raguraman bersama ahli lembaga pada 22 Julai
2026, sebelum koperasi itu didaftarkan pada 11 September tahun sama.



