DuniaMalaysia

Keluarga Malaysia kehilangan 11 bagasi ketika bercuti di Itali

Sebuah keluarga Malaysia kehilangan 11 bagasi yang dipercayai dicuri dari kenderaan mereka ketika berhenti untuk makan di Pisa, Itali.

Menurut perkongsian pengguna Threads, njlaimn, keluarga itu sedang dalam perjalanan dari Pisa ke Milan ketika kejadian berlaku.

Mereka kemudian dilaporkan berjaya mengesan lokasi sebuah iPad yang turut hilang, namun tiada maklumat lanjut sama ada peranti atau bagasi berkenaan berjaya ditemukan semula.

Perkongsian itu mengundang kebimbangan pengguna media sosial, yang mengingatkan pelancong agar tidak meninggalkan bagasi dan barangan berharga di dalam kenderaan, meskipun berkunci.

Ada juga yang menyarankan supaya bagasi dihantar ke hotel terlebih dahulu sebelum bersiar-siar bagi mengurangkan risiko kecurian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker