Malaysia
Pas MyKomuter50 RM50 dijangka mula Disember

Pas bulanan MyKomuter50 berharga RM50 untuk perkhidmatan KTM Komuter dijangka mula ditawarkan pada 1 Disember atau selewat-lewatnya 1 Januari tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pas itu terbuka kepada rakyat Malaysia dan membolehkan perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan MyKad untuk pendaftaran.
Beliau berkata, pelaksanaan pas itu dijangka selepas Belanjawan diluluskan Parlimen pada akhir November, manakala KTMB sedang menyiapkan sistem tiket termasuk pilihan digital bagi memudahkan pengguna.
Kerajaan turut merancang menambah baik perkhidmatan KTM Komuter dengan 12 set tren baharu untuk sektor utara seawal Februari tahun depan, selain meningkatkan kekerapan tren di Lembah Klang secara berperingkat.




