Malaysia
Mayat berbalut kain ditemukan dalam longkang pasar di Permatang Pauh

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan berbalut kain di dalam longkang di Pasar Sama Gagah, kira-kira jam 7 pagi hari ini.
Penemuan itu mengejutkan pengunjung pasar berkenaan yang datang untuk membeli barangan keperluan, sebelum menyedari kehadiran orang ramai yang berkumpul di lokasi kejadian.
Seorang pengunjung berkata, dia terkejut dengan kejadian itu kerana sudah lebih 10 tahun mengunjungi pasar berkenaan, namun tidak pernah berdepan situasi sedemikian.
Kawasan penemuan mayat telah dipasang garisan polis bagi menghalang orang ramai menghampiri lokasi untuk membolehkan siasatan dijalankan. Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.




