Malaysia
Lelaki pura-pura beli barang kemas, larikan rantai emas dari kedai di Gombak

Gombak, 3 Ogos –
Seorang lelaki sedang diburu polis selepas melarikan diri bersama sebuah rantai emas dari sebuah kedai barang kemas di Prima Sri Gombak, Selangor.
Menurut polis Gombak, kejadian berlaku pada petang Jumaat, sekitar jam 5 lebih.
Suspek dikatakan masuk ke dalam kedai dan menyatakan hasrat kononnya ingin membeli rantai emas sebagai hadiah untuk isterinya.
Ketika pengadu wanita pergi mengambil kalkulator untuk mengira harga, lelaki itu mengambil kesempatan melarikan rantai emas tersebut dan terus meloloskan diri dengan menaiki motosikal.
Wajah suspek telah dirakam menerusi kamera CCTV, dan usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk mengenal pasti serta mengesannya.




