Malaysia
KPM bakal ambil tindakan tegas isu Jalur Gemilang terbalik di SJKC Chung Hua

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Port Dickson dan menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab.
Buat masa ini, jelas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pihaknya masih menunggu laporan penuh hasil siasatan sebelum sebarang tindakan susulan dilaksanakan.
Isu pemasangan bendera terbalik dianggap tidak wajar berulang, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
Insiden yang berlaku pada 1 Ogos lalu itu melibatkan kecuaian seorang pekerja sekolah, dan pihak pengurusan telah pun memohon maaf serta membetulkan kesilapan tersebut.




