Malaysia
Kini belum ketara, lagi 2 bulan baru rakyat akan terasa kenaikan harga – TPM

Rakyat dijangka mula merasai kenaikan harga barang dalam tempoh dua bulan susulan peningkatan kos bahan api, logistik dan insurans akibat konflik di Timur Tengah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kesan itu belum ketara ketika ini kerana bekalan sedia ada masih mencukupi.
Namun realitinya, harga dijangka meningkat apabila stok baharu memasuki pasaran dengan kos lebih tinggi.
Beliau turut menjelaskan pemulihan bekalan tenaga global dijangka mengambil masa panjang, dengan sekurang-kurangnya enam bulan untuk kembali stabil dan sehingga setahun untuk pulih sepenuhnya.




