Malaysia

Suami isteri direman empat hari, bantu siasatan hutang kutu

Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang bersama anak mereka sejak 20 Julai lalu direman selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes hutang bermain kutu.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 39 dan 36 tahun itu menyerah diri pagi tadi selepas gagal dikesan keluarga.

Menurut laporan, bapa kepada wanita terbabit, berusia 62 tahun, membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anak perempuan, menantu dan cucunya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Jitra hari ini, sehingga Ahad.

Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker