Malaysia
Menara Telekom Pahang jadi sasaran, kerugian cecah RM3 juta

Pahang merekodkan kerugian lebih RM3 juta akibat kes vandalisme dan kecurian infrastruktur telekomunikasi sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, antara barangan yang dicuri termasuk kabel, bateri, kad peralatan komunikasi, diesel dan Remote Radio Unit (RRU).
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Pencegahan Vandalisme dan Kecurian Infrastruktur Telekomunikasi peringkat negeri di Kuantan.
Menurutnya, kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta polis terus diperkukuh bagi membendung kegiatan berkenaan yang boleh menjejaskan perkhidmatan komunikasi pengguna.




