Malaysia
Golongan muda berisiko hidap penyakit tidak berjangkit

Bukan lagi hanya golongan berusia, kini penyakit seperti diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti mula mengancam golongan muda seawal usia 14 tahun.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata di Dewan Rakyathari ini, seramai 1,926 pesakit diabetes bawah umur 30 tahun direkodkan pada 2024, meningkat kepada 1,932 kes pada 2025.
Sehingga Jun tahun ini, sebanyak 660 kes diabetes bawah 30 tahun telah direkodkan. Menurut beliau, ramai pesakit tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana tiada sejarah penyakit tidak berjangkit.
Dalam masa sama, pelaksanaan cukai minuman bergula dan kempen ‘War on Sugar’ membantu mengurangkan pengambilan minuman manis dalam kalangan remaja daripada 36.9 peratus kepada 16.4 peratus.




