Malaysia

Wanita bekerja di tapak ‘fun fair’ di Bahau dilaporkan hilang

Seorang wanita yang bekerja di Tapak Expo Funfair, Bandar IOI Bahau di Jempol dilaporkan hilang sejak Selasa lepas.

Nadia Farhana Abdullah, 21 tahun disahkan hilang selepas Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu pada hari sama.

Wanita itu mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter (cm), berat 45 kilogram (kg) dan berambut berwarna hitam.

Usaha mengesannya masih sedang dilakukan dan orang ramai yang melihatnya diminta segera menghubungi Balai Polis Bahau di talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau, Inspektor Annas Fikri Othman di talian 013-6219196

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker