Malaysia

Persiapan CNY, cuaca tak menentu punca Lembah Klang makin sesak

Lembah Klang berdepan kesesakan lalu lintas luar biasa sejak beberapa hari kebelakangan ini, didorong peningkatan pergerakan orang ramai sempena persiapan Tahun Baharu Cina serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan tumpuan membeli-belah di lokasi popular seperti Bukit Bintang menyumbang kepada pertambahan kenderaan di pusat bandar.

Selain itu, Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara dari 10 hingga 12 Februari turut memberi kesan kepada aliran trafik.

Cuaca yang kerap berubah antara hujan dan panas pula menyebabkan lebih ramai pengguna memilih kenderaan empat roda berbanding motosikal, sekali gus menambah kesesakan di jalan raya.

Terdahulu, tular di media sosial dengan rungutan orang ramai bahawa kesesakan jalan raya sejak beberapa hari kebelakangan lebih teruk sehingga ada yang menghabiskan masa dua jam atas jalan raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker