
Malaysia dan Pakistan sedang berbincang mengenai tindakan susulan selepas 130 rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Pakistan kerana disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan itu melibatkan JSJK Bukit Aman dan pihak berkuasa Pakistan bagi menentukan tindakan seterusnya.
Sebelum ini, PDRM mengesahkan 130 rakyat Malaysia ditahan di Rawalpindi berkaitan sindiket jenayah siber. Dalam perkembangan sama, 33 warga Pakistan yang ditahan dalam operasi di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kedah, telah didakwa di mahkamah.
Sementara itu, Saifuddin berkata belum ada perbincangan mengenai pengganti Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Sebarang tindakan terhadap penjawat awam yang disiasat atau didakwa akan mengikut prosedur ditetapkan.




