AS dan Iran tunjuk kemajuan rundingan, harapan elak perang baharu meningkat

Amerika Syarikat (AS) memberi isyarat positif mengenai rundingan dengan Iran bagi mengelakkan konflik ketenteraan kembali tercetus selepas lapan bulan berperang.
Presiden AS, Donald Trump, dan Naib Presiden, JD Vance, menyatakan rundingan menunjukkan perkembangan positif, sekali gus meningkatkan harapan mencapai perjanjian dalam masa terdekat.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, mengesahkan rundingan tidak langsung sedang berlangsung melalui pengantaraan Qatar dan Pakistan. Iran turut bersedia membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh dua hari sekiranya tuntutannya dipenuhi.
Sementara itu, China dan Oman menggesa kedua-dua negara menyelesaikan konflik melalui rundingan diplomatik, namun Iran menegaskan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negaranya.




