Uncategorized

Ibu kota Sweden hanya ‘cerah’ 30 minit sehari

Stockholm hanya menerima kira-kira 30 minit cahaya matahari sepanjang separuh pertama Disember, menjadikannya berpotensi mencatatkan bulan Disember paling gelap sejak 1934 jika keadaan berterusan.

Keadaan itu berpunca daripada cuaca mendung berpanjangan akibat sistem tekanan rendah, selain kedudukan matahari yang rendah ketika musim sejuk sehingga cahaya sukar menembusi awan.

Secara purata, Stockholm merekodkan sekitar 33 jam cahaya matahari sepanjang Disember, namun jumlah itu jauh menyusut tahun ini.

Ketiadaan salji turut memburukkan keadaan kerana pantulan cahaya biasanya membantu mencerahkan persekitaran.

Pakar menjangkakan cuaca suram ini berterusan, sekali gus menipiskan harapan penduduk untuk menikmati Krismas bersalji.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker