Malaysia
Pengundian PRN Johor bermula, 2.7 juta pemilih tentukan wakil rakyat

Seramai 2.7 juta pengundi berdaftar hari ini mula menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Proses pengundian bermula tepat jam 8 pagi di seluruh negeri.
Sebanyak 1,076 pusat mengundi melibatkan 4,889 saluran dibuka serentak bagi membolehkan pengundi memilih wakil bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menggerakkan lebih 43,000 petugas pilihan raya bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, teratur dan selamat sepanjang hari pengundian.



