Sukan
Kesalahan permulaan di final 200 meter Kejohanan Asia, Azeem dibatalkan penyertaan

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, gagal menambah koleksi emas selepas dibatalkan penyertaan dalam final acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia 2026 di Ordos, China, semalam.
Azeem yang sebelum ini menjuarai acara 100 meter terpaksa melupakan hasrat meraih gelaran berganda selepas melakukan ‘false start’ ketika perlumbaan akhir 200 meter.
Tambahan, Azeem mencatat masa 21.13 saat untuk menduduki tempat kedua dalam saringan pertama, manakala Pengiran merekodkan 21.55 saat untuk berada di tempat ketiga dalam saringan kedua.




