
Atlet karate negara, C. Shamalarani meraih pingat emas ketiga Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas menjuarai acara kumite wanita bawah 55 kilogram (kg).
Shamalarani menewaskan wakil Hong Kong menerusi keputusan juri selepas aksi final di Gimnasium Toyohashi berakhir 0-0.
Sebelum itu, dia menewaskan wakil Uzbekistan 3-2 pada separuh akhir, selain mencatat kemenangan 8-0 ke atas Fong Man Wai dari Macau pada pusingan pertama dan 5-4 ke atas wakil Bangladesh di suku akhir.
Kemenangan itu turut menjadi pencapaian penting buat Shamalarani selepas dia tewas kepada wakil Uzbekistan sama pada final Kejohanan Dunia tahun lalu.




