MalaysiaSukan

Piala dunia 2026 berakhir, Dataran Merdeka dipenuhi sampah

Lebih 25,000 peminat bola sepak membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menyaksikan tayangan akhir Piala Dunia 2026, namun lokasi bersejarah itu bertukar menjadi kawasan dipenuhi sampah sebaik acara berakhir awal pagi tadi.

Sisa makanan, plastik pembungkus dan plastik lapik duduk dilihat memenuhi kawasan itu selepas tayangan umum perlawanan Sepanyol menentang Argentina anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pengunjung yang meninggalkan sampah di kawasan awam. DBKL memaklumkan kerja pembersihan akan dijalankan, namun mengingatkan bahawa Dataran Merdeka ialah lambang maruah dan sejarah negara.

DBKL turut menggesa orang ramai lebih bertanggungjawab ketika menghadiri acara berskala besar, sambil menegaskan cara sesebuah lokasi ditinggalkan mencerminkan sikap masyarakat terhadap ruang awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker