Malaysia

Wanita China serang pegawai imigresen dipenjara sebulan, denda RM2,000

Seorang wanita warga China dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah mencederakan pegawai imigresen di KLIA minggu lalu.

Tertuduh, Fang Fuyuan, 31, didakwa mencederakan pegawai imigresen ketika mangsa bertugas di kaunter pelepasan Terminal 1 KLIA pada 13 Ogos.

Kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam bela merayu hukuman ringan dengan alasan tertuduh menyesal, tiada rekod jenayah serta mempunyai dua anak kecil yang bergantung kepadanya.

Mereka turut menjelaskan kejadian berpunca daripada salah faham dan masalah komunikasi.

Namun, pihak pendakwa menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan demi kepentingan awam kerana perbuatan mencederakan penjawat awam tidak boleh diterima.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara sebulan bermula 13 Ogos serta denda RM2,000. Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara tambahan dua bulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker