Malaysia

Kerja ‘gig’ tak patut jadi sumber pendapatan utama belia – Ketua Puteri UMNO

Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Fauzi berpandangan pekerjaan gig seperti menjadi pemandu e-hailing, penghantar makanan dan ‘freelancer’ tidak sepatutnya menjadi sumber pendapatan utama golongan belia.

Beliau berkata, ramai graduan berkelayakan tinggi terpaksa melakukan pekerjaan gig selepas gagal mendapatkan pekerjaan tetap yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Menurutnya, kerja gig mungkin menawarkan fleksibiliti, namun pendapatannya tidak semestinya stabil seperti pekerjaan tetap yang menawarkan gaji bulanan serta perlindungan pekerja.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan lebih banyak peluang pekerjaan yang stabil dan sesuai dengan kemahiran golongan muda supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan gig untuk menyara kehidupan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker